June 19, 2008

melahirkan masyarakat berjiwa da vinci

Kekata renaissance, yang diertikan 'lahir atau bangkit kembali' muncul pertama kali di Italy dan berkembang hingga ke Eropah Barat pada abad ke-15 hingga abad ke-17.

Italy pernah menjadi wadah tamadun Rom selama 500 tahun sehingga abad kedua Masihi. Oleh kerana serangan dan peperangan, ia jatuh kembali ke zaman kegelapan dan begitu juga sebahagian besar Eropah.

Eropah bak diceritakan buku The Renaissance karya Jocelyn Hunt (2005), yang menyatakan kebangkitan itu mengandungi makna kemanusiaan dan perubahan tidak hanya terjadi dalam hal seni, kesusasteraan dan ilmu sahaja, bahkan lebih penting daripada itu, iaitu perubahan ke arah teknologi maju. Mesin cetak ditemukan sehingga meluaskan kadar kenal huruf dan ilmu.

Kesannya telah mengubah model pemerintahan dan sistem kerajaan.

Antara tokoh renaissance ialah Leonardo da Vinci (1452 - 1519) termasyhur sebagai pelukis dan pengukir arca zaman Renaissance yang menghasilkan banyak maha karya, termasuk di dalamnya, dua lukisan terkenal Mona Lisa dan Makan Malam Terakhir (The Last Supper).

Selain itu, beliau juga seorang pereka peralatan pertahanan, ilmuwan, penemu, jurutera, penulis, ahli botani dan ahli muzik. Di samping itu, Leonardo - yang berambut panjang, keriting dan berwarna merah tua serta berperangai menyenangkan dan tampan - juga berbakat sebagai penglipur lara, pemuzik, penjenaka, seniman, pencinta kebebasan dan ahli silap mata.

Sekitar 40 tahun sebelum ahli astronomi Nicolaus Copernicus (1473-1543), Leonardo mencatat bahawa matahari tidak bergerak dan bumi bukan pusat perputaran matahari serta bukan pusat galaksi.

Bahkan 60 tahun sebelum ahli astronomi Galileo Galilei, Leonardo menyarankan agar kanta pembesar digunakan untuk mempelajari permukaan bulan dan benda langit yang lain.

Sekitar 200 tahun sebelum ahli fizik Isaac Newton, Leonardo telah mengemukakan konsep graviti.

Malah 400 tahun sebelum ahli sains Charles Darwin, Leonardo telah mengenalkan teori evolusi dengan menempatkan manusia dalam kategori yang sama dengan kera dan monyet, kecuali bahawa manusia berakal.

Dalam bidang anatomi pula, Leonardo melukis penampang anggota tubuh (cross section) - gambaran manusia dan kuda yang paling terperinci dan menyeluruh, melakukan penyelidikan bayi di dalam rahim ibu dan membuat cetakan otak dan saluran jantung.

Banyak lagi pencapaian Leonardo yang tidak dapat dimuatkan dalam makalah ringkas ini. Sesungguhnya, beliau mendahului zamannya.

Dalam buku How to think like Leonardo da Vinci, Michael Gelb menggariskan tujuh prinsip pati:

· Ingin Tahu

Keinginan untuk terus belajar sesuatu yang baru dengan mengamati alam dan mempertanyakan mengapa sesuatu fenomena terjadi. Dalam proses pembelajaran ini, Leonardo menyarankan agar memperluas cakerawala pengetahuan, maka seseorang perlu mempelajari bidang lain, bidang yang bukan keahliannya.

· Uji Selidik (dimostrazione)

Leonardo tidak menerima bulat-bulat sesuatu ilmu atau teori. Beliau mengujinya dengan eksperimen dan mengalaminya sendiri (dimostrazione). Ketika mengalami kegagalan dalam eksperimen, beliau kekal berusaha dan tidak putus asa.

· Kepekaan (sensazione)

Rahsia melakukan eksperimen ialah dengan mempertajamkan deria. Leonardo sentiasa mempertajamkan deria sebagai disiplin - matanya untuk menghasilkan lukisan hebat dan telinganya untuk mendalami muzik.

· Memasuki Kesamaran (Sfumato)

Leonardo sanggup menceburi kekaburan, paradoks (suatu yang bertentangan) dan ketidakpastian dengan fikiran terbuka demi menghasilkan daya cipta.

· Seni dan Sains (Arte/ Scienza)

Bagi Leonardo, seni dan ilmu bak bergandingan. Ia berfikiran logik dalam mempelajari mekanisme sesuatu benda dan membuat lakaran atau sketsa yang indah untuk catatannya. Beliau dikatakan seimbang dalam menggunakan otak kanan dan kirinya.

· Keseimbangan Tubuh dan Minda (Corporalita)

Di samping memiliki kecerdasan yang tinggi dan berbakat seni, Leonardo juga diberi kekuatan jasmani. Beliau cekap berkuda, berenang dan bermain anggar (permainan pedang). Beliau menyatakan bahawa arteriosklerosis (dinding arteri hilang kekenyalan) dapat mempercepatkan proses penuaan dan ini kerana kurangnya senaman seperti olahraga. Beliau juga mempercayai bahawa diet adalah kunci kesihatan.

· Penjalinan (Connessione)

Insan harus dapat menghargai jalinan antara benda dan fenomena, iaitu meneliti dan memahami hubung kait pelbagai sistem (systems thinking). Leonardo berusaha mempelajari bagaimana burung dapat terbang sehingga cuba mereka pesawat yang pertama. Beliau cuba membangun hubungan antara sistem.

June 18, 2008

kehidupan ku 2 bulan yang lalu...

Di sini saya akan memberi tahu apa yang terjadi dalam idup aku 2 bulan yang lalu...senang...epy...sedih smua ada...somtimes aku pk bodo tol...kdng2 pk kena usaha lebih...kadang2 kena jd laki matang...hurm...

1st- my last exam paper...Sistem negara...so stupid....how come i leh salah ngok jadual exam...should be 11.30 but i tit 3.00pm...so b4 dat there aku semangat giler study.sampai tdo jap je.after 2pm g mandi but aty xsdap.masuk bilik cek jadual exam n....FRUSTRATED...my klazmate sympathy 4 me.dorg xigt agaknya(tink +ve).my college fren???always hentam aku n perli aku.wat bodo sudeh.

2nd-my exam result...guess what??xleh cek ah result exam aku kat intenet...coz ada hutang ngn UM sampai Rm568.00.HA???xcaya ke???so aku cr alternatif len.g fak.n bertambah frust.SEJ Rusia B+, Sej Eropah B+, Sis ekonomi C (xkena repeat), n TITAS ngan usahawan malaz den nak g cek.now pala penin eiter sejarah jd major or IR aku jadi Major.pk2

3rd-kerja!!!yes...kerja.kerja part time kat Guess Kids Mid Valley.leh ah.sejam rm5.ari2 kerja 5jam je.kena full pun xpe.ari2 full time aku bual kotor...ehem...so kena kerja sampai bulan 8 berakhir...kenapa bula 8???sebab 31hb cuti umum dan dapat gaji triple.kerja pun sebab aku nak tolong abah aku.sebab aku tak ada PTPTN dgn biasiswa.malas nak mohon.so abah kerja 2 kerja sehari.tanks dad n epy belated father day. Lap you...

4th-harga minyak naik...diz topik very konfusing me n everyday i bought newspaper.sampai aku gaduh mulut lawan abah ngan atok aku.paham2 ah.dorg singaporean.bagi dorg minyak mahal dah biasa ngan dorg kerana harga minyak kat singapura nak dekat RM5 seliter. pelik.Malaysia negara pengeluar minyak tapi harga paling mahal antara negara pengeluar minyak dunia.Petronas untung banyak.Rm50bilion per year (xsure.around jumlah tu ah).tapi Dato Shahir ckp petronas tangung banyak benda.tah ah.

5th-14 JUNE 2008.aku baru dapat lik singapore since exam sem 2 start.sedeykan???baru dapt jmp my parent.ah aku dah lali.juz sedey masa nak lik, my mom hug me kuat2 xnak kasi lepas n kiz my neck.n aku dah kuar umah, i never look back.coz i noe, when i look back, i saw my mom kat tingkap, n air mata turun(biar ah org nak ckp aku emo boy).so aku jalan buat bodo je n tengok dpn.aty kena kuat.even my mom always ckp "BYE" kat tingkap.

ada banyak benda lagi aku nak cyte tapi sok keje pagi.8.30 nak kena g coz kira stok.ok ah...nyte2

eyes shut down v(-_-)