August 18, 2009

did again


he did it again after broke his own record...

after beijing 9.69s on 2008, now at berlin 9.58s, make him the fastest ever human on earth

i dream to see malaysian also make a record in sport, we have nicol but did we have the next nicol

i hope we do coz malaysia are more better than jamaica

go go go


lupa

akibat memakan paru lembu, aku terus lupa apa yang aku nak type arini

hahaha

August 12, 2009

account

wanted to go to europe and my plan stick on this dec...
but check already how much i need if i want to travel at least 1 country and i need at least rm5000...

ah, jap, cek account bank...

shit

>_<
rm234 only, how come?bank card problem ke sampai jumlah dalam bank sikit or memang duit aku ada banyak ni je.... T_T

nampak gaya nya gi Melaka je lah, tu pon kalau duit tu cukup sampai kat situ... part time part time...lalala but sleep always disturb me make me lazy XD

aish this year my last year rayer dapat duit rayer kena kerja kuat tok dapat duit rayer banyak

(amaran-bentilah merokok lah thamby, haiyo tu pon mau kasi igt ka!!!)

August 09, 2009

>_<

i'm shorter, want tall like zirafah, not zaripah...

i'm thin, want big big like enot...

i'm less cute, want cute like my dad...

i'm less smart, want smart like einstain...

why lazy, haiyooo

April 18, 2009

hari ini saya terbaca dua artikel yang bagi kiraan saya adalah penting...
Yang pertama daripada laman web Malaysiakini yang memberi amaran kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam agr berwaspada dengan penjualan serunding babi yang di pek sebagai serunding lembu....untuk maklumat lanjut klik sini
Dan artikel kedua yang saya baca ialah daripada surat khabar berita harian Singapura yang menulis berkaitan ahli parlimen Belanda yang kontroversi kerana filem Fitna iaitu Encik Geert Wilders, dalam usaha beliau untuk membuat sebuah filem sambungan daripda fitna...maklumat lanjut klik sini...
salam...

April 16, 2009

kemarahan tetapi nasihat

aku bukan nak marah..just bagi nasihat je buat semua orang yang bawak motor dan jugak kereta di dalam UM tidak kira budak UM ataupun orang luar..
bukannya apa...bukankah elok kalau anda semua berhenti di zebra crosing dalam UM dan bagi peluang untuk budak2 UM yang cute2 ni melintas...bukannya susah korg nak tekan break..malas nak tekan minyak lik ke pe????
takkan le korang dah langgar orang baru korang nak sedar..wakaka...

sianlah kami golongan yang berjalan kaki ni di tambah lagi dengan panas terik yang terik...
sebab aku benggang punyalah susah nak melintas depan libary nak ke KPS...ada zebra crosing tapi susah nak melintas..baik tak yah buat zebra crosing dan mintak NC buat jejantas terus...jimat tapi aku pasti org kita takkan guna jejantas tu dan lebih rela lintas terus kat jalan...

Dan buat ahli kelab pejalan kaki student UM...anda di nasihatkan untuk melintas sahaja di zebra crosing tanpa memikirkan motor dan kereta sebab kalau dorg langgar kita, kita boleh saman dorg sebab hak kita, Zebra crosing ialah milik kita bersama..cuma kalau patah tulang sana sini, tak dapek den nak nolong...

isk isk...

April 13, 2009

satu soalan yang tidak terjawab

beberapa hari yang lepas aku di tanya satu soalan yang aku tak leh nak jawab
"kenapa orang Malaysia pentingkan diri sendiri dan suka buat hal masing-masing?"
soalan ni di tanya oleh seorang kawan dari luar negara yang belajar kat Um
lepas dia tanya aku just senyap n diamkan diri je...
hurm...nak jawab apa ek...
(-_-)

January 29, 2009

keselamatan kereta api

salam

tahukah anda bahawa sekiranya anda menaiki kereta api untuk pulang ke kampung dan dalam perjalanan, anda tiba2 sakit perut ataupun nak terkucil dan pergi ke tandas, anda sebenarnya telah menambah keselamatan kereta api dari tergelincir kerana sisa anda itu akan di lepaskan ke landasan dan akan melekat di landasan kerana lama di situ dan ia telah membantu menambah cengkaman tayar k.api dan juga landasan dan ini dapat mengelak daripada kes tergelincir daripada landasannya

tahniah lerana anda telah membantu kepada keselamatan penumpang lain...jangan ingat ini kelakar..

salam

January 26, 2009

selamat tahun baru

salam

saya mengucapkan selamat tahun baru cina kepada kawan-kawan saya semoga berolenh kejayaan pada tahun seladang ini

salam

January 25, 2009

cuti

salam
saudara sekalian...kawan tidak berada di kolej buat sementara waktu...

blog baru tidak dapat di postkan tetapi sambil itu kawan akan memikirkan perkara baru untuk di postkan di dalam blog kawan

salam

January 24, 2009

link kawan-kawan

salam
kepada kawan2 yang saya hormati yang saya belum ada link blognya di dalam blog saya, boleh tak kawan letak link blog kawan di comment blog in untuk saya add...

trima kasih

salam

January 23, 2009

sesama manusia

salam hormat

adakah tahap perpaduan rakyat Malaysia mencapai tahap yang boleh di banggakan?

saya berkata demikian kerana pada 2 minggu yang lepas, kawan indonesia saya telah mengadu kepada saya kisah beliau menunggu teksi di waktu pagi dari rumahnya ke UM.

pada pagi tersebut, kawan saya yang berbangsa India itu telah terlewat untuk ke kelas pada waktu pagi. oleh itu beliau ternampak teksi yang berhenti di perhentian bas di mana pemanduunya sedang berehat di perhentian bas tersebut. Kawan saya telah datang ke pak cik tersebut dan bercakap, "cik pergi um x?", kawan saya bertanya banyak kali dan akhirnya di jawab oleh pak cik itu, "pak cik tak ambil orang bukan Melayu", ha!!! what the fish?

saya orang melayu pun rasa malu ngan tindakan pak cik tu...mungkin impian bangsa Malaysia tidak akan tercapai kerana semangat perkauman masih kuat...saya mempunyai impian yang tinggi terhadap bangsa Malaysia kerana kita adalah serupa..

Salam

(saya selalu sedar saya bukan kaum melayu kerana saya berketurunan Jawa yang sememangnya jauh berbeza dengan kaum Melayu...Jawa berasal dari pulau Jawa, manakala Melayu dari pulau Sumatera. mempunyai bahasa berbeza, budaya yang berbeza, hidangan yang berbeza, tetapi agama yang sama...kami berbeza)

January 21, 2009

pilihan raya kampus

Salam,
kepada semua, saya sudah lama tidak menulis sesuatu di dalam blog saya dan hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya di dalam pilihanraya kampus universiti malaya (PRKUM) yang baru sahaja berakhir. Seperti yang kita sedia maklum pro mahasiswa telah memenangi PRKUM dan tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada mereka. Bagi saya mereka layak untuk menang kerana sebab :-

1) Mereka sudah lama berkempen iaitu ketika semester 1 lagi
2) Pro Aspirasi lambat bersiap sedia
3) Pro-mahasiswa merupakan 1 golongan yang kukuh kerana selain mereka bertanding, mereka juga merupakan golongan yang berorganisasi seperti PMIUM yang bergerak menjadi sebuah organisasi yang aktif dan ini dapat di lihat ukhwah mereka ketika malam pengiraan undi.
4)Pro-aspirasi pula hanya akan dapat di lihat bersatu ketika PRKUM sahaja NAMUN ia tidak lah begitu kukuh. Ini dapat di lihat ketika penamaan calon, penyokong mereka saya rasa baru saling mengenal antara satu sama lain. ketika berkempen dapat di lihat juga pro-aspirasi lambat bergerak untuk menampal poster, banner dan juga manifesto lambat di edar. dan jujur saya katakan, saya hanya mengetahui calon aspirasi pada pagi hari mengundi. menunjukkan mereka seperti tidak bersunguh-sunguh melakukannya.
5)tempoh 5tahun yang lama. tiada perubahan yang berlaku. Pro-aspirasi seolah tiada matlamat dan hala tuju mereka manakala pro-mahasiswa tahu apa yang mereka perjuangkan.

banyak lagi faktor yang boleh menjadi penyebab kejatuhan aspirasi. Dan tahniah di ucapkan sekali lagi. Saya sudah berbual dengan salah seorang calon pro mahasiswa iaitu saudara ridzuan dan berharap pro mahasiswa tidak hanya bercakap, sebalik melakukan yang terbaik.

saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya iaitu saudara budhiansyah dan juga nadiya kerana bertanding di dalam PRKUM ini dan walaupun mereka kalah namun ia boleh di jadikan pengajaran dan pengalaman dan ini akan menjadi permulaan kepada pelajar antarabangsa UM untuk bertanding di dalam PRKUM.

Saya juga ingin berkongsi sesuatu peristiwa di dalam DTC ketika pengiraan undi iaitu, KK4 merupakan kolej paling banyak undi rosak (mungkin ada lain kolej) tetapi saya tetap rasakan kk4 paling tertinggi dan saya tidak boleh terima ayat dari mr.bellick bahawa, "nama kolej bestari tetapi tahap kebengongan yang tinggi".

sekarang masanya untuk tunggu dan lihat adakah keputusan ini boleh mengubah UM...
salam