Salam,
kepada semua, saya sudah lama tidak menulis sesuatu di dalam blog saya dan hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya di dalam pilihanraya kampus universiti malaya (PRKUM) yang baru sahaja berakhir. Seperti yang kita sedia maklum pro mahasiswa telah memenangi PRKUM dan tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada mereka. Bagi saya mereka layak untuk menang kerana sebab :-
1) Mereka sudah lama berkempen iaitu ketika semester 1 lagi
2) Pro Aspirasi lambat bersiap sedia
3) Pro-mahasiswa merupakan 1 golongan yang kukuh kerana selain mereka bertanding, mereka juga merupakan golongan yang berorganisasi seperti PMIUM yang bergerak menjadi sebuah organisasi yang aktif dan ini dapat di lihat ukhwah mereka ketika malam pengiraan undi.
4)Pro-aspirasi pula hanya akan dapat di lihat bersatu ketika PRKUM sahaja NAMUN ia tidak lah begitu kukuh. Ini dapat di lihat ketika penamaan calon, penyokong mereka saya rasa baru saling mengenal antara satu sama lain. ketika berkempen dapat di lihat juga pro-aspirasi lambat bergerak untuk menampal poster, banner dan juga manifesto lambat di edar. dan jujur saya katakan, saya hanya mengetahui calon aspirasi pada pagi hari mengundi. menunjukkan mereka seperti tidak bersunguh-sunguh melakukannya.
5)tempoh 5tahun yang lama. tiada perubahan yang berlaku. Pro-aspirasi seolah tiada matlamat dan hala tuju mereka manakala pro-mahasiswa tahu apa yang mereka perjuangkan.
banyak lagi faktor yang boleh menjadi penyebab kejatuhan aspirasi. Dan tahniah di ucapkan sekali lagi. Saya sudah berbual dengan salah seorang calon pro mahasiswa iaitu saudara ridzuan dan berharap pro mahasiswa tidak hanya bercakap, sebalik melakukan yang terbaik.
saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya iaitu saudara budhiansyah dan juga nadiya kerana bertanding di dalam PRKUM ini dan walaupun mereka kalah namun ia boleh di jadikan pengajaran dan pengalaman dan ini akan menjadi permulaan kepada pelajar antarabangsa UM untuk bertanding di dalam PRKUM.
Saya juga ingin berkongsi sesuatu peristiwa di dalam DTC ketika pengiraan undi iaitu, KK4 merupakan kolej paling banyak undi rosak (mungkin ada lain kolej) tetapi saya tetap rasakan kk4 paling tertinggi dan saya tidak boleh terima ayat dari mr.bellick bahawa, "nama kolej bestari tetapi tahap kebengongan yang tinggi".
sekarang masanya untuk tunggu dan lihat adakah keputusan ini boleh mengubah UM...
salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
At last,
ada jugak post ko kan??
en S ckp mcm tu ka???
hmmm...cam xpecaya je undi rosak byk kt 4th...hm..
bkn katenye 'konon' ada bdk pusat kebudayaan yg ngundi kt 4th??
saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada hafiz kerna sukses menjadi wakil calon budhie yg hot katanya...
saya tak berapa setuju dengan sebab 1 dan 2 tu. tempoh berkempen rasanya tak memberi effect sgt kerana perkara2 yang terjadi selepas penamaan calon tu yg mempengaruhi mahasiswa.
mengenai kempen penggerak tu, kita dapat lihat yang mereka agak 'malas' berkempen berdasarkan pengalaman lampau. mungkin kemenangan besar sudah dijangka berdasarkan saiz jentera yg mostly terdiri dari pelajar 1st year.
diharap perubahan yg mereka perjuangkan akan menjadi realiti.
p/s: saya vote budhie..
huhu~
next tym vote je la aku
jd ketua kelas
lol~
amin..
dalam sastera dan sains sosial, tiada isi yang salah atau pun betul selagi hujahnya bernas...
tahniah sebab anda sudah beri hujah yang bernas
abg apiz,
saya tidak mengatakan yang apa yang tertulis dalam entry anda ini salah. cuma kurang bersetuju kerana ada betulnya apa yang anda katakan itu.
pada saya hujah yang bernas itu tidak bermakna jika ianya tidak benar. dalam istilah sains ianya boleh dipanggil sebagai postulate or even theory yang scientist akan selalu akan mencari kesilapan "fakta2" itu.
as an example, lihat saja Mr.Bellick yang gemar mengeluarkan kenyataan yang akhirnya memakan diri sendiri.
trivia: ingat ya apa 3 yg paling penting dlm hidup???
hint: quotation by Mr.Bellick
saudara amin, sains hanya berlandaskan fakta tetapi sastera tidak akan menjadi fakta kerana ia boleh di hujah sepanjang zaman kerana tiada fakta yang betul atau pun salah di dalam sastera...contoh...manusia menghirup oksigen dan ia adalah fakta sehingga ia mendapat bukti yang baru...dalam sastera, cara kedatangan Islam ke tanah Melayu itu sendiri di debatkan sehigga kini...ada cakap berasal dari arab, ada yang dari China dan ini tidak ada yang betul atau pun salah selagi hujahannya tepat
who's Mr.Bellick ??
tertanya-tertanya.
mr.bellick ialah encik S merangkap penyelia kolej kesayangan saudara bulat...
boleh bagi link ke blog bulat tak tok letak dalam blog kawan
oh mr Superman tu.
amthebulat.blogspot.com
noktah
ada percanggahan di antara pelajar sains dan sastera disini..namun sbg budak akaun yg bkn sahaja memikirkan wang&ekonomi negara...sy tetap merasakan fakta yg konkrit dan relevan itu leibh penting berbanding hujah yg bernas...utk membuktikan sesuatu sy yakin kite perlu fakta yg releven bkn setakat isi yg bernas...itu pendapat sy selaku pelajar perkakunan...
p/s:sy x tahu plak "S" is stand for superman (superman ke die tu??)haha
maksud saya di sini ialah hujah yang bernas di sertakan fakta dan bukti...dat mean useless to talk nonsense
cuma dalam konteks sastera terlalu banyak fakta yang kukuh kerana ia tidak terhenti di situ dan mempunyai jawapan yang pelbagai tetapi jawapan nya masih tepat
quotation:
"cuma dalam konteks sastera terlalu banyak fakta yang kukuh kerana ia tidak terhenti di situ dan mempunyai jawapan yang pelbagai tetapi jawapan nya masih tepat"
<-: adakah ianya bermaksud, TIADA JAWAPAN YANG TEPAT??
neway,sgt setuju dgn pandangan kak shah tu. hujah mesti dengan fakta yang sahih. bkn dengan apa yang dirasakan betul. kalau nak rasa2 je, baik pergi meeting 'P' pastu buat hujah kat sana. hehehe.. no offend here. tambah adegan air mata skit.
nota lutut: HIDUP KAK SHA! KAK SHA PRESIDEN 4TH 2009/2010.
ello hapih~~testing testing coment...cubaan sore 1...2...3..huhuhuw
Post a Comment