January 29, 2009

keselamatan kereta api

salam

tahukah anda bahawa sekiranya anda menaiki kereta api untuk pulang ke kampung dan dalam perjalanan, anda tiba2 sakit perut ataupun nak terkucil dan pergi ke tandas, anda sebenarnya telah menambah keselamatan kereta api dari tergelincir kerana sisa anda itu akan di lepaskan ke landasan dan akan melekat di landasan kerana lama di situ dan ia telah membantu menambah cengkaman tayar k.api dan juga landasan dan ini dapat mengelak daripada kes tergelincir daripada landasannya

tahniah lerana anda telah membantu kepada keselamatan penumpang lain...jangan ingat ini kelakar..

salam

January 26, 2009

selamat tahun baru

salam

saya mengucapkan selamat tahun baru cina kepada kawan-kawan saya semoga berolenh kejayaan pada tahun seladang ini

salam

January 25, 2009

cuti

salam
saudara sekalian...kawan tidak berada di kolej buat sementara waktu...

blog baru tidak dapat di postkan tetapi sambil itu kawan akan memikirkan perkara baru untuk di postkan di dalam blog kawan

salam

January 24, 2009

link kawan-kawan

salam
kepada kawan2 yang saya hormati yang saya belum ada link blognya di dalam blog saya, boleh tak kawan letak link blog kawan di comment blog in untuk saya add...

trima kasih

salam

January 23, 2009

sesama manusia

salam hormat

adakah tahap perpaduan rakyat Malaysia mencapai tahap yang boleh di banggakan?

saya berkata demikian kerana pada 2 minggu yang lepas, kawan indonesia saya telah mengadu kepada saya kisah beliau menunggu teksi di waktu pagi dari rumahnya ke UM.

pada pagi tersebut, kawan saya yang berbangsa India itu telah terlewat untuk ke kelas pada waktu pagi. oleh itu beliau ternampak teksi yang berhenti di perhentian bas di mana pemanduunya sedang berehat di perhentian bas tersebut. Kawan saya telah datang ke pak cik tersebut dan bercakap, "cik pergi um x?", kawan saya bertanya banyak kali dan akhirnya di jawab oleh pak cik itu, "pak cik tak ambil orang bukan Melayu", ha!!! what the fish?

saya orang melayu pun rasa malu ngan tindakan pak cik tu...mungkin impian bangsa Malaysia tidak akan tercapai kerana semangat perkauman masih kuat...saya mempunyai impian yang tinggi terhadap bangsa Malaysia kerana kita adalah serupa..

Salam

(saya selalu sedar saya bukan kaum melayu kerana saya berketurunan Jawa yang sememangnya jauh berbeza dengan kaum Melayu...Jawa berasal dari pulau Jawa, manakala Melayu dari pulau Sumatera. mempunyai bahasa berbeza, budaya yang berbeza, hidangan yang berbeza, tetapi agama yang sama...kami berbeza)

January 21, 2009

pilihan raya kampus

Salam,
kepada semua, saya sudah lama tidak menulis sesuatu di dalam blog saya dan hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya di dalam pilihanraya kampus universiti malaya (PRKUM) yang baru sahaja berakhir. Seperti yang kita sedia maklum pro mahasiswa telah memenangi PRKUM dan tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada mereka. Bagi saya mereka layak untuk menang kerana sebab :-

1) Mereka sudah lama berkempen iaitu ketika semester 1 lagi
2) Pro Aspirasi lambat bersiap sedia
3) Pro-mahasiswa merupakan 1 golongan yang kukuh kerana selain mereka bertanding, mereka juga merupakan golongan yang berorganisasi seperti PMIUM yang bergerak menjadi sebuah organisasi yang aktif dan ini dapat di lihat ukhwah mereka ketika malam pengiraan undi.
4)Pro-aspirasi pula hanya akan dapat di lihat bersatu ketika PRKUM sahaja NAMUN ia tidak lah begitu kukuh. Ini dapat di lihat ketika penamaan calon, penyokong mereka saya rasa baru saling mengenal antara satu sama lain. ketika berkempen dapat di lihat juga pro-aspirasi lambat bergerak untuk menampal poster, banner dan juga manifesto lambat di edar. dan jujur saya katakan, saya hanya mengetahui calon aspirasi pada pagi hari mengundi. menunjukkan mereka seperti tidak bersunguh-sunguh melakukannya.
5)tempoh 5tahun yang lama. tiada perubahan yang berlaku. Pro-aspirasi seolah tiada matlamat dan hala tuju mereka manakala pro-mahasiswa tahu apa yang mereka perjuangkan.

banyak lagi faktor yang boleh menjadi penyebab kejatuhan aspirasi. Dan tahniah di ucapkan sekali lagi. Saya sudah berbual dengan salah seorang calon pro mahasiswa iaitu saudara ridzuan dan berharap pro mahasiswa tidak hanya bercakap, sebalik melakukan yang terbaik.

saya juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan saya iaitu saudara budhiansyah dan juga nadiya kerana bertanding di dalam PRKUM ini dan walaupun mereka kalah namun ia boleh di jadikan pengajaran dan pengalaman dan ini akan menjadi permulaan kepada pelajar antarabangsa UM untuk bertanding di dalam PRKUM.

Saya juga ingin berkongsi sesuatu peristiwa di dalam DTC ketika pengiraan undi iaitu, KK4 merupakan kolej paling banyak undi rosak (mungkin ada lain kolej) tetapi saya tetap rasakan kk4 paling tertinggi dan saya tidak boleh terima ayat dari mr.bellick bahawa, "nama kolej bestari tetapi tahap kebengongan yang tinggi".

sekarang masanya untuk tunggu dan lihat adakah keputusan ini boleh mengubah UM...
salam