Apiz....Belajar betul-betul
kata datuk saudara ku Mansor Haji Sukaimi adik kepada datuk ku Awang haji sukaimi
pada 13 september yang lepas aku melawat beliau di hospital besar singapura, dan pada bulan lepas aku melawatnya 3 hari selepas beliau di masukkan ke dalam wad di hospital Gleanegles KL...
Foo M (hanya aku seorg sahaja yang memanggil nama itu kepada dia sebab aku di besarkan olehnya)....
Foo M di sahkan mengidap penyakit leukimia. kali terakhir aku bertemu dengannya adalah pada tahun 2003. dan bertemu semula dgnnya semula pada bulan lepas di hospital Gleanegles. aku dapat tahu dia masuk hospital oleh mak angkat aku dan aku terus pergi menziarahinya bersendirian...
Dia seperti biasa tidak pernah berubah.maksudku walaupun sakit tapi masih gagah dan ceria dan sempat berpesan kepadaku bahawa setiap muslim yang mendapat penyakit bukanlah bala dari Allah tetapi kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada hambanya dan kita hendaklah sentiasa mensyukurinya...dan beliau sentiasa gembira kerana kwn dan keluarga ada di sampingnya...kerana Foo M adalah bekas MP(members of Parliment) singapura dan juga salah seorang menteri singapura pada tahun 80an dan memegang kerusi Kampung Kembangan...
selepas lama berbual di dalam wad, Foo M ajak aku pegi ground floor kerana nak potong rambut di salon di ground floor hospital...masa itulah aku sebak kerana masa aku kecil Foo m lah yng memotong rambutku, Foo M lah yang mengajar aku memhafal Ayat Kursi, Ayat Al-fatihah, mengajarku erti kehidupan, bercerita kisah2 nabi sebelum masuk tidur, mengajar aku bermain bola sepak, mengajar aku untuk menyokong Manchester United (sehingga kini), mengajar aku tentang meminati lagu Scorpion, mngajar aku untuk meminati ilmu (sehingga kini sentiasa mengajar ku ilmu baru kerana cintanya kepada ilmu)....banyak lagi...
Kini di hospital besar Singapura, foo M yang ku lawati minggu lepas kembali pulih sedikit demi sedikit...
Syukur kepada tuhan.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment