harga minyak dah turun
tapi harga barang tak turun
bila harga minyak naik
harga barang tanpa di paksa pon naik
kerajaan dah nak keluarkan cara untuk turunkan harga barang
memandangkan harga minyak turun
saya ada cadangan
perlukan cadangan dan idea juga dari anda kawan-kawan semua hal ini
cadangan saya
kerajaan membuat saya badan yang bertindak sebagai koperasi
dan syer saham koperasi ini separuhnya di miliki oleh rakyat malaysia sendiri yang juga KITA
koperasi ini seperti Giant, Carrefour, Tesco yang menjual barangan asas yang menjadi keperluan manusia yang tinggal di malaysia
jika ia berjaya di tubuhkan
badan ini yang mempunyai rangkaian supermarket di seluruh malaysia
badan ini juga boleh menentukan harga pasaran sebenar tanpa mencekik poket rakyat malaysia
Cuba anda bayangkan, contoh harga sebenar satu barang itu ialah 1kg bersamaan rm6 dan ia di jual di rangkaian koperasi kedai di seluruh malaysia tapi di kedai biasa menjual sehingga rm8 untuk 1kg
yang manakah yang anda akan pilih? Rm8 atau rm6?
oleh itu, dgn penubuhan koperasi ini yang hanya menjual barangan dengan harga yang sebenar bukan sahaja memberi kepuasan kepada pengguna tetapi juga memberi tekanan kepada peniaga lain untk menurunkan harga
sekiranya mereka menjual dengan harga yang mahal maka pengguna mempunyai pilihan untuk membeli di kedai koperasi tersebut dan seterusnya memberi ksedaran kepada peniaga lain untuk menurunkan harga mereka dan mmberi keadilan harga kepada penguna
berikan cadangan dan juga idea
December 20, 2008
December 13, 2008
Mansor Sukaimi dalam kenangan part 2
BERITA HARIAN SINGAPURA 15 NOVEMBER 2008
MANSOR SUKAIMI MENINGGAL DUNIA
Mantan AP Kampong Kembangan hidap barah leukemia sejak Ogos
OlehChairul Fahmy Hussaini Dan Shamsul Jangarodin
MANTAN Anggota Parlimen bagi kawasan undi Kampong Kembangan, Haji Mansor Haji Sukaimi, meninggal dunia semalam selepas menghidapi barah leukemia sejak Ogos lalu.
Allahyarham Haji Mansor, 65 tahun, kembali ke rahmatullah setelah organnya gagal berfungsi hingga menyebabkan degupan jantungnya berhenti sekitar 12.40 tengah hari.
Beliau yang menghidapi penyakit leukemia - sejenis barah dalam darah yang mengancam nyawa - telah menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura (SGH) sejak 16 Ogos lalu.
'Doktor cuba menyelamatkan bapa tetapi gagal...
'Kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk mereka yang tampil untuk menderma platelet dan mendoakannya,' ujar anak perempuannya penuh hiba, sambil meminta agar namanya tidak disiarkan.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Sultan dan dikebumikan di Pusara Abadi, petang semalam.
Allahyarham Haji Mansor memenangi pilihan raya umum dan menjadi wakil rakyat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi kawasan undi Kampong Kembangan selama dua penggal - 1976 hingga 1980, dan 1980 hingga 1984.
Allahyarham Haji Mansor akan sentiasa dikenang sebagai antara pemimpin yang bertanggungjawab dalam pembentukan Yayasan Mendaki pada 1981 dan dilantik sebagai Setiausaha Eksekutifnya yang pertama sehingga 1985.
Mendaki dalam kenyataannya semalam berkata beliau akan dikenang atas sumbangannya dan 'sebagai seorang yang amat percaya tentang pentingnya perkembangan awal kanak-kanak'.
Sebelum menyertai politik, Allahyarham bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Sekitaran (ENV), kini dikenali sebagai Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR).
Selepas mengakhiri kerjaya politiknya beliau menjadi perunding cara dalam bidang pembangunan keluarga dan kanak-kanak dan mengasaskan Institut Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Nury, di Malaysia dan Singapura.
Pemimpin masyarakat Melayu/Islam menyifatkan pemergian Allahyarham Mansor sebagai satu kehilangan besar.
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata Allahyarham Haji Mansor telah memberi sumbangan cukup bermakna kepada masyarakat.
'Saya menemuinya baru-baru ini semasa beliau dirawat di hospital dan Allahyarham masih tetap prihatin terhadap perkembangan dalam masyarakat dan mengongsi pandangannya dengan saya.
'Masyarakat kehilangan seorang yang sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan kita,' ujarnya.
Menteri Ehwal Luar, Encik George Yeo, yang ditemui di Masjid Sultan berkata Allahyarham mempunyai semangat yang besar untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Singapura bertuah mempunyai beliau sebagai anggota parlimen bagi Kampong Kembangan.
Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, berkata:
'Allahyarham akan sentiasa dikenang bagi jiwa, semangat, dedikasi dan pengorbanannya untuk masyarakat dan negara.'
Mantan Menteri Negara Kanan (Sekitaran), Encik Sidek Saniff, dengan nada sebak pula berkata:
'Masyarakat kehilangan tokoh yang baik dan saya kehilangan seorang sahabat yang saya anggap seperti adik saya sendiri.'
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang berusia antara 28 tahun dengan 41 tahun serta 11 orang cucu.

December 12, 2008
Mansor Sukaimi dalam kenangan part 1
tepat jam 2.30 petang bersamaan tarikh 14 november 2008
ketika aku dalam perjalanan untuk mengambil paper IR
aku mendapat pangilan dari Uda aku kat singapura
"Apiz, Foo M dah meningal tadi jam 12.30 kat hospital"
bagaikan jalan lurus di sebelah jabatan geologi dianggap jalan yang tiada penghujungnya
aku hanya mampu menunduk dan titisan permata jernih menitis mengalir di pipi ku
dengan hanya mampu menyedekahkan Al-Fatihah buat roh Foo M
dan kembali mengimbas kenangan antara aku dan foo m
segala yang di ajar oleh arwah datuk ku akan di jadikan antara pngangan hidupku
dan aku tidak mampu menangis lagi kerana arwah pernah berpesan bahawa jika di takdirkan beliau pergi, maka relakan walaupun hati sedikit terkilan tidak dapat menatap wajah arwah kali kerana perlu menghabiskan saki baki kertas exam yang msih belum tamat
namun mungkin itu yang terbaik kerana foo m sudah lama menangung beban leukimia
Al-Fatihah buat mu
Subscribe to:
Posts (Atom)