December 20, 2008
Harga barang nik tak turun-turun
tapi harga barang tak turun
bila harga minyak naik
harga barang tanpa di paksa pon naik
kerajaan dah nak keluarkan cara untuk turunkan harga barang
memandangkan harga minyak turun
saya ada cadangan
perlukan cadangan dan idea juga dari anda kawan-kawan semua hal ini
cadangan saya
kerajaan membuat saya badan yang bertindak sebagai koperasi
dan syer saham koperasi ini separuhnya di miliki oleh rakyat malaysia sendiri yang juga KITA
koperasi ini seperti Giant, Carrefour, Tesco yang menjual barangan asas yang menjadi keperluan manusia yang tinggal di malaysia
jika ia berjaya di tubuhkan
badan ini yang mempunyai rangkaian supermarket di seluruh malaysia
badan ini juga boleh menentukan harga pasaran sebenar tanpa mencekik poket rakyat malaysia
Cuba anda bayangkan, contoh harga sebenar satu barang itu ialah 1kg bersamaan rm6 dan ia di jual di rangkaian koperasi kedai di seluruh malaysia tapi di kedai biasa menjual sehingga rm8 untuk 1kg
yang manakah yang anda akan pilih? Rm8 atau rm6?
oleh itu, dgn penubuhan koperasi ini yang hanya menjual barangan dengan harga yang sebenar bukan sahaja memberi kepuasan kepada pengguna tetapi juga memberi tekanan kepada peniaga lain untk menurunkan harga
sekiranya mereka menjual dengan harga yang mahal maka pengguna mempunyai pilihan untuk membeli di kedai koperasi tersebut dan seterusnya memberi ksedaran kepada peniaga lain untuk menurunkan harga mereka dan mmberi keadilan harga kepada penguna
berikan cadangan dan juga idea
December 13, 2008
Mansor Sukaimi dalam kenangan part 2
MANSOR SUKAIMI MENINGGAL DUNIA
Mantan AP Kampong Kembangan hidap barah leukemia sejak Ogos
OlehChairul Fahmy Hussaini Dan Shamsul Jangarodin
MANTAN Anggota Parlimen bagi kawasan undi Kampong Kembangan, Haji Mansor Haji Sukaimi, meninggal dunia semalam selepas menghidapi barah leukemia sejak Ogos lalu.
Allahyarham Haji Mansor, 65 tahun, kembali ke rahmatullah setelah organnya gagal berfungsi hingga menyebabkan degupan jantungnya berhenti sekitar 12.40 tengah hari.
Beliau yang menghidapi penyakit leukemia - sejenis barah dalam darah yang mengancam nyawa - telah menjalani rawatan di Hospital Besar Singapura (SGH) sejak 16 Ogos lalu.
'Doktor cuba menyelamatkan bapa tetapi gagal...
'Kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk mereka yang tampil untuk menderma platelet dan mendoakannya,' ujar anak perempuannya penuh hiba, sambil meminta agar namanya tidak disiarkan.
Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Sultan dan dikebumikan di Pusara Abadi, petang semalam.
Allahyarham Haji Mansor memenangi pilihan raya umum dan menjadi wakil rakyat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi kawasan undi Kampong Kembangan selama dua penggal - 1976 hingga 1980, dan 1980 hingga 1984.
Allahyarham Haji Mansor akan sentiasa dikenang sebagai antara pemimpin yang bertanggungjawab dalam pembentukan Yayasan Mendaki pada 1981 dan dilantik sebagai Setiausaha Eksekutifnya yang pertama sehingga 1985.
Mendaki dalam kenyataannya semalam berkata beliau akan dikenang atas sumbangannya dan 'sebagai seorang yang amat percaya tentang pentingnya perkembangan awal kanak-kanak'.
Sebelum menyertai politik, Allahyarham bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Sekitaran (ENV), kini dikenali sebagai Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR).
Selepas mengakhiri kerjaya politiknya beliau menjadi perunding cara dalam bidang pembangunan keluarga dan kanak-kanak dan mengasaskan Institut Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Nury, di Malaysia dan Singapura.
Pemimpin masyarakat Melayu/Islam menyifatkan pemergian Allahyarham Mansor sebagai satu kehilangan besar.
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata Allahyarham Haji Mansor telah memberi sumbangan cukup bermakna kepada masyarakat.
'Saya menemuinya baru-baru ini semasa beliau dirawat di hospital dan Allahyarham masih tetap prihatin terhadap perkembangan dalam masyarakat dan mengongsi pandangannya dengan saya.
'Masyarakat kehilangan seorang yang sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan kita,' ujarnya.
Menteri Ehwal Luar, Encik George Yeo, yang ditemui di Masjid Sultan berkata Allahyarham mempunyai semangat yang besar untuk berkhidmat kepada masyarakat dan Singapura bertuah mempunyai beliau sebagai anggota parlimen bagi Kampong Kembangan.
Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, berkata:
'Allahyarham akan sentiasa dikenang bagi jiwa, semangat, dedikasi dan pengorbanannya untuk masyarakat dan negara.'
Mantan Menteri Negara Kanan (Sekitaran), Encik Sidek Saniff, dengan nada sebak pula berkata:
'Masyarakat kehilangan tokoh yang baik dan saya kehilangan seorang sahabat yang saya anggap seperti adik saya sendiri.'
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak yang berusia antara 28 tahun dengan 41 tahun serta 11 orang cucu.
December 12, 2008
Mansor Sukaimi dalam kenangan part 1
October 27, 2008
layang-layang
semua kawan2 aku sentiasa usik aku...ko asik ngn si dia si itu si ini...ko gay ke???
hahaha...sng cytenya apa yg berlaku ada kesan idupku yg lampau...
idupku yg bermula selepas pindah ke JB...
tinggal di JB pak ngah ku...anaknya 5...
4 dewi dan 1 arjuna...semuanya ok dgn ku...
cuma pak ngah aku paham...wlu dier garang tapi aku phm yg dier bertindak utk menjaga aku...
idupku hny di umah atau bilik ku berbucu 4 dindingnya
susah sng ku keseorangan di bilik ini...kwn ku hny yg rapat dgn starpiz sendiri...
idupku berubah ketika masuk ke form 6...aku sudah pandai keluar malam (kena tdo luar)
hny kerana aku g memancing ikan di kolam yg xseberapa...
1st tyme juga aku pandai pergi ke konsert...
segalanya berubah dan pak ngah sudah malas
keadaan juga berubah ketika masuk ke universiti
aku dlm uni...sudah mula belajar untuk bergaul...bersosial..
kwn2 ku balaputra dewa dan dewi acap, shukor, apil, ajim, zaf, aswad, dine, akil dan juga dewinya...
aku sudah mula belajar...mula belajar...dan belajar...maaf jika aku kasar org nya krn proses belajar...
trimas...
jadi aku xkisah org nak ckp aku bukan2...sebab org yg dah bc blog ni sudah taw apa yg terjadi...
jgn terkejut jika xde gambar aku masa sek men kerana tiada kenangan...kenangan ku hny ketika kecik..ketika sek ren...ketika form 6...ketika di universiti dan kenangan ku bersama Egi ku..
P/S- atok ku foo m pnh berpesan "sentiasalah berkawan.jika kita berkawan kita akan sentiasa paham akan keadaan sekeliling kita.jika kita x berkawan, kita akan senang benci og, sng utk sedih, senang menuduh org lain dan senang buang kawan mcm tu je kerana kita megikut perasaan kita. berbanding jika kita berkawan...
October 22, 2008
kesimpulan
bukan nk kepoh atau nak besar-besarkan isu HARI ISNIN
juz nak cakap...apa yang dah jadi, biar jadi...
jadi pengajaran...
kita menegur dan org yang bertanggungjawab wat keje dorg tok selesaikan masalah ni...
dlm isu ni aku nak bagi 1 lagu yang kita semua tahu...
Gelang si paku gelang...
Gelang si rama-rama...
Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama...
Mari Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama...
Gelang si paku gelang...
Gelang di singapura...
Jangan suka mengata orang...
Diri sendiri baik di jaga...
Jangan suka mengata orang...
Diri sendiri baik dijaga
Gelang si paku gelang...
Gelang di hulu padang...
Jangan suka mengata orang...
Akibat nanti binasa badan...
Jangan suka mengata orang...
Akibat nanti binasa badan...
Gelang si paku gelang...
Gelang si rama-rama...
Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama...
Mari Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama...
October 21, 2008
ku dan salah seorang
egiboo_07: salam
egiboo_07: yes
sya_ais: no...
sya_ais: heheh..
egiboo_07: ko amcm??
egiboo_07: kat bilik?
egiboo_07: leh tny?
sya_ais: tanya la
sya_ais: silakn nk tanya
egiboo_07: hal mlm jamuan raya
egiboo_07: apa jadi??
sya_ais: dh agak dh
sya_ais: ko rasa p yg jd??
egiboo_07: aku xdpt mkn
sya_ais: ko rasa pa yg jadi??
egiboo_07: mkn satay 2 cocok je
sya_ais: sebenarny da byk mknan lebih
egiboo_07: pastu lik bilik muka hampa tahan lapa
egiboo_07: dngr mknn dtg lmbt?
sya_ais: cuma kena tunggu jap ja
egiboo_07: tapi nape org stil mkn kat bwh after majlis tu?
sya_ais: satay ja yg da 2 trip
egiboo_07: ayam?
egiboo_07: dan benda lain slen satay lak mcm ne??
sya_ais: ayam pn da lebih byk lg kat mea students aku tgk
sya_ais: yg nasi himpit pn lebih
sya_ais: pulut pn lebih
sya_ais: nasi goreng lagi byk lebih
egiboo_07: mcm ne leh lebih sedangkan makanan ngok smua abes
sya_ais: tu yg aku x paham knp org kata makan x cukup
egiboo_07: xcukup
egiboo_07: bagi aku ah
egiboo_07: maybe sebab aku belah awal
sya_ais: sbb da second trip
egiboo_07: tu yang aku nak taw nape makanan lambat
sya_ais: kan ari tu ujan, org yg bakar satay tu lambat skit sbb cuaca x izinkan dia nk bakar satay dgn cepat
egiboo_07: ok
egiboo_07: lagi satu
egiboo_07: apa rasionalnya mencatu makanan sampai satu ari xde makanan
sya_ais: yg satu hari x dak makanan pd 22 nov
sya_ais: cost utk secucuk satay 60 sen
sya_ais: sorang anggar dpt 5 cucuk
sya_ais: dh rm3.00 kat situ
sya_ais: kita cut cost breakfast pun baru dua kali dlm rm1.00 ja
sya_ais: yg satu ari x dak mknan tu dh rm3.50
sya_ais: lagi2...
sya_ais: aku bleh tlg ja xplain yg mana patut
sya_ais: klau ttg notis tu, aku akan tampal guna cop aku
egiboo_07: ha
egiboo_07: hal notis
sya_ais: any kesalahan or aduan, aku yg tanggung
egiboo_07: jap
egiboo_07: ko dah baca buletin lom?
egiboo_07: kat friendster??
sya_ais: dh...hal2 benda ttg JTK ni aku dh baca
sya_ais: tp sabar itu lebih baik dr aku trus jawab kat FS
sya_ais: aku trima ja semua kritikan tu
egiboo_07: sebab ko pon phmkan yang hal notis ngan dwi bahasa tu penting
egiboo_07: sebab aku sendiri pon konpius le ader mkanan ngn le yg xde makanan
sya_ais: sbb aku yg mintak ttg notis dwi bahasa ni
egiboo_07: sampai aku igt ari ni 22 okt yg xde makanan
sya_ais: aku akan naikkan notis sblm aku g kelas ptg ni
egiboo_07: pe rasional pilih 22 nov??
sya_ais: pa hentaman yg JTK akan kena klau pilih 22 okt??
sya_ais: aku pham yg manusia ni mmg suka compare..
sya_ais: bila aku ambik risiko utk bt jamuan raya bg memenuhi kehenadak org, aku dh tau risiko n hentamannya
sya_ais: heheheh...tp besa la..kita x bleh lari dr risiko n selalu kena hentam
egiboo_07: leh taw x sape pengarah??
sya_ais: aktiviti ni x der pengarah
egiboo_07: btl??
egiboo_07: aku dngr,
egiboo_07: aaiseh
egiboo_07: patot ke aku cyte
sya_ais: cita la...
sya_ais: aku pn nk jugak dgr org cita ni
egiboo_07: aku dngr masa metin 1st
sya_ais: tp tu la..x dak pulak org nk jujur nk cita kat aku
egiboo_07: timb pengerusi jkp je di pangil
sya_ais: semua takut nk face 2 face dgn aku n bg kritikan
egiboo_07: mcm pengerusi kuasa di abaikan
sya_ais: mmg betul timb pengerusi dipanggil
sya_ais: hanya org yg berada dlm JTK ja yg tau knp timb dipanggil
sya_ais: pengerusi dh byk bt keja
sya_ais: sama jugak dgn floor rep
sya_ais: ramai pengerusi bising2 yg timb mereka kebanyakkan x bt keja
sya_ais: so, ni kira salah satu keja utk nmpak kn fungsi timb ni bleh membantu pengerusi
sya_ais: lagi2...pa yg org kata??
egiboo_07: ok
egiboo_07: aku xmau komen
sya_ais: setiap pa yg aku lakukan tu da sebabny
egiboo_07: ye aku phm
sya_ais: cuma x smpai utk tahap org len paham
sya_ais: aku x kisah pun klau org x faham
egiboo_07: lg 1, nape sambut bday junaidi sdngkn smua ngah bz
sya_ais: ttg tahap bz semua org tu aku x nmpak plak diaorg bz
sya_ais: lagipun klau org yg di ajak tu x kata pn dia bz
egiboo_07: sbb protokol masih x ok
egiboo_07: lg2 xwat reherseal
egiboo_07: smpi org ckp majlis tungang langang
sya_ais: da sesuatu yg semua org x tahu
sya_ais: n x perlu tahu
egiboo_07: ok
sya_ais: klau nk di ikutkan mmg aku kecewa
sya_ais: sgt2 kecewa
egiboo_07: bgtaw je lah;)
sya_ais: tp bila aku nk involve dlm protokol, da plak org kata aku ni x yah nk bz kn diri dok sibuk kat protokol
sya_ais: katany aku ni s/u jtk, x yah bz bt keja protokol
egiboo_07: hurm
egiboo_07: kira ko kecewa ngn ajk yg di lantik tok majlis ni?
egiboo_07: kira kesimpulan yg ko nk wat dlm isu makanan??
sya_ais: bt masa ni notis ja jln penyelesaian ny
sya_ais: aku akan naikkan notis guna nama s/u jtk
sya_ais: bt masa ni pn, x dak pihak jtk yg len nk dipersalahkan
egiboo_07: wei
egiboo_07: ko jgn kecik ati ngn aku
egiboo_07: aku juz nk taw pe jadi
sama-sama kita pikir
October 20, 2008
honda super four
ader sekali, pakcik aku nye super four jatuh...mak aik...sampai 3 org angkat termasuk aku pon xlarat nak angkat motor ni...
aku suker motor ni sebab bunyi dier ngn sedap bawak(mcm ne aku taw sdangkan xtaw bwk...hahahahaha
October 13, 2008
Datuk buat shah rukh khan
alasannya...shah rukh khan telah berjaya naikkn nama melaka di dlm filem2 beliau...
aku jenis xkesah pon dier dapat ke x tapi yg aku kesah ialah cara gelaran datuk tu di terima...
buat sikit untuk negara tapi dah dapat gelaran
nicol aku setuju dier dpt gelaran datuk
lee chong wei aku xstuju dier dapat sebab dier baru menang perak...
bukan emas...nampak kita ni desperate je...
kalau mcm tu negara mcm UK contohnya....david beckham patotnya dah lh dapat gelaran Sir kat depan dier tapi dier masih muda dan perlu lagi bnyk usaha...
sebab kalau dah kat atas...mesti dier jatuh....mcm hafiz hashim...baru menang all england...kita angkat dan julang dier sampai dier naik syok kena buai...last2 dier skrng pon xtaw kat ne...
tah ah....pikirlah sendiri
October 12, 2008
luncai dan kawannya
phm akan salah infomasi yg di sampaikan oleh kwn luncai kepada kwn luncai
luncai x ckp janji dan dulu
yg luncai ckp
"kata ngok ngan aku"
xmaksud pilihannya wajib utk tonton bersama
lainlah kalau luncai kata
"janji nak ngok ngn aku dulu"
jadi luncai anggap org yg menyampaikan kepada kwn si luncai tu dah salah erti
dan bukanlah masalah ini yg menyebabkan luncai x pergi tonton
bukan...sama sekali bukan
bukan luncai kecik ati ataupun amik ati
luncai xpergi tonton kerana sok nya luncai ader exam
paper yg luncai paling lemah....luncai perlu time tok study dan luncai anggap naseb bek xg kerana mlm tu kwn2 luncai yg pergi tonton lik lambat...
utk jernihkan keadaan...luncai 100% pohon maaf di bulan mulia ni
kepada kwn luncai
dan kwn luncai yg menyampaikan
dan kwn2 luncai yg berdua T
September 29, 2008
HAri Rayer
aku nak wish smua kawan...
kawan kat um, slmt ary rayer...lik um nti bwk leh sikit kuih reyer ngn kuih lapis sarawak...
kawan aku tyme skolah kat jb lak...aku now kat s'pore...lik jb pon ary jumaat bersamaan 3 syawal...
sabtu nye aku dah lik kl...so aku try k jmp korg smua ary jumaat tu...jgn ah ckp aku sombonk k...aku kena lik awl sbb nak sambut gak rayer ngn parent angkat aku KL...arap2 korg phm...tapi aku try usaha gak...
egi....slmt ary rayer...hal sabtu, b sowi n b sakit bdn ni...1st tyme kena tdo dlm keta yg xbergerak...huhuhuhu
so people...slmt ary rayer...aku mintak maap dari ujung hair hingga ke tanah yang aku ngh pijak skrng ni...
aku kat malaysia, xde umah....xdpt ah nak jmpt korg dtg umah...arap2 korg jmpt ah aku dtg umah korg....
September 18, 2008
Dah Tua Dah Layak Mati Pun
Tapi kegagalan UM m'dapat taraf Uni Apex memang patot di ragui. Kat kelas, lecture aku mempesoalkan kenapa Um x dapat taraf tu. Um dah ader 100 tahun dan sekiranya UM tidak dapat Apex kenapa tidak sahaja di berikan kepada UKM sebaliknya kepada USM..
Sedangkan pemilihan USM juga menimbulkan tanda tanya bagi diri penulis sendiri. UM dan UKM nye research much more better. Dan syarat kemasukan ke UM mahpun UKM lebih sukar jika di bandingkan dgn USM. Nak masuk Fak Law Um, mesti dapat sekurang-kurang band 4 dan pointer yang jauh lebih baik tapi USM??? band 3 pun dah boleh masuk.
Bertambah celaru, kenyataan menteri berkenaan. Alasan beliau, USM ada insentif untuk berubah??? UM student xde ke insentif tu...atau pihak atasan???
tapi padan muka juga kepada student UM...
KENAPA LAK???
Sebab setiap kali aku cakap betapa bangganya aku belajar kat UM, dorg akan ckp, ala semua tempat pun sama je.UM ke...UKM ke...USM ke...LIMKOKWENG ke...sama je...so korg yg ckp mcm tu xyah sedih ah UM xdpt APEX ok...korg yang nak mcm tu...
Itulah kaitan dengan tajuk, UM dah tua...dah layak mati pon...bermakna, kaitan umur UM dan juga kedudukannya yang semakin terhakis...
P/S : Bangkit UM student...Cari balik semangat inkuiri dalam diri kita... "UM is ONE" "Ilmu Puncha Kemajuan" "Varsiti kesayanganku sungguh banyak jasamu" "Producing Leaders"
MY GRANDFATHER
kata datuk saudara ku Mansor Haji Sukaimi adik kepada datuk ku Awang haji sukaimi
pada 13 september yang lepas aku melawat beliau di hospital besar singapura, dan pada bulan lepas aku melawatnya 3 hari selepas beliau di masukkan ke dalam wad di hospital Gleanegles KL...
Foo M (hanya aku seorg sahaja yang memanggil nama itu kepada dia sebab aku di besarkan olehnya)....
Foo M di sahkan mengidap penyakit leukimia. kali terakhir aku bertemu dengannya adalah pada tahun 2003. dan bertemu semula dgnnya semula pada bulan lepas di hospital Gleanegles. aku dapat tahu dia masuk hospital oleh mak angkat aku dan aku terus pergi menziarahinya bersendirian...
Dia seperti biasa tidak pernah berubah.maksudku walaupun sakit tapi masih gagah dan ceria dan sempat berpesan kepadaku bahawa setiap muslim yang mendapat penyakit bukanlah bala dari Allah tetapi kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada hambanya dan kita hendaklah sentiasa mensyukurinya...dan beliau sentiasa gembira kerana kwn dan keluarga ada di sampingnya...kerana Foo M adalah bekas MP(members of Parliment) singapura dan juga salah seorang menteri singapura pada tahun 80an dan memegang kerusi Kampung Kembangan...
selepas lama berbual di dalam wad, Foo M ajak aku pegi ground floor kerana nak potong rambut di salon di ground floor hospital...masa itulah aku sebak kerana masa aku kecil Foo m lah yng memotong rambutku, Foo M lah yang mengajar aku memhafal Ayat Kursi, Ayat Al-fatihah, mengajarku erti kehidupan, bercerita kisah2 nabi sebelum masuk tidur, mengajar aku bermain bola sepak, mengajar aku untuk menyokong Manchester United (sehingga kini), mengajar aku tentang meminati lagu Scorpion, mngajar aku untuk meminati ilmu (sehingga kini sentiasa mengajar ku ilmu baru kerana cintanya kepada ilmu)....banyak lagi...
Kini di hospital besar Singapura, foo M yang ku lawati minggu lepas kembali pulih sedikit demi sedikit...
Syukur kepada tuhan.....
Angel down to earth again
leonor watling
guess which part i love her most???
dun get me wrong...
i love her eyes n lips
n 4 sure her hair...
she was a lead singer 4 a band call marlango
prety ek lads.....
pretty damn good...
LaLaLaLa
katil + tilam + bantal = lambat bangun
atas sebab kalau aku start tido atas katil + tilam, aku lambat pegi kelas atau tak pegi klaz
n aku berjaya coz tido kat atas lantai je..
smlm aku gatal tido atas tilam aku...
answer???
x g klaz jam 12
hahahahaha
aku belajar sesuatu
harus bersabar dan ikhlas dengan apa yang di kerjakan
Allah maha mengetahui segala sesuatu apa yang di kerjakan oleh hambanya
kerana itu apa yang di lakukan oleh manusia akan selalu di timpa ujian
bukan kerana mahu menyeksa hambanya tetapi mahu menguji keimanan dan mahu memberi
peringatan
hal sebenar
semua org asyik tanya nape aku x update blog aku
sebenarnya aku ader buku khaz yang mana buku tu semua terkandung apa yang aku nak type kat blog aku ni
kira aku tulis dulu kat buku khas tu
dah banyak bnd aku nak cyte tapi slalu xde tyme nak luang masa kat blog
aku akan try slalu update k
September 07, 2008
kisah si luncai
Apa yang dah jadi kat idup si luncai ni???
al kisah...
Si luncai ni masih belajar orgnya aka menuntut ilmu
nama je si luncai tapi boleh tahan bijaknya
si luncai ni lak selalu gi kelas jalan kaki ke fakulti dan ramailah org yang si luncai ni kenal
tapi si luncai pelik krn rmi org ckp dier ni sombong
alasannya...si luncai ni jalan x tunduk, kepala selalu mendongak & xmudah senyum
jadi si luncai cuba ubah caranya
apabila bertembung dgn org yg di kenal, terus bertegur sapa dan senyum sokmo
tapi pelik ada setengah manusia yang si luncai kenal ni wat2 xnampak n jln senonong
si luncai pon pelik, SIAPA yang sombong ni??
maybe manusia hanya akan mencari seseorang bila dlm kesusahan...
si luncai paham...
itulah kisah si luncai dengan labu-labunya.....
August 24, 2008
...i'm lost...
maksud aku perasaan aku...
baru ni view friendster kwn aku si zatul...
aku terlupa bday dier 14 july lepas...
dan betapa lostnya aku coz x nah aware ngan keadaan sekeliling aku n xnah care n mek taw pon hal sekitar aku sejak 2 menjak ni...
admit yg dulu aku aktif tapi now aku pon ngak taw nape pasif...
sukan dah xnah mean lagi...
sosial pon kurang...
pe yg aku taw dlm pala aku skrng duk bilik n terperuk kerana alangkah bahagianya ada atas katil n rest...
lari ngan falsafah lama aku, idup hny sekali...kurangkan tidur...lepas mati...leh tido panjang...
...my fren zatul....
i'm so sori n epi belated bday to my fren...
dah ader cpl baru pon xnak bilang seh...
slalu ader pe2 bagi taw...huhuhuhu...
jgn nakal2...
August 03, 2008
...TIRU...
1 tabiat yang susah tok semua orang nak hakis...
tiru yang aku maksudkan ialah tiru semasa ujian dan juga menipu kerana membuka buku...
nape aku mara sangat???
sebab ari kamis aritu aku ada test peta berkaitan amerika syarikat...
di takdirkan pulak kertas untuk ujian x cukup...
so dengan selambernya, tutor aku kuar jap nak pegi photostat kat atas...
time tu ah korg boleh lihat macam2 karenah manusia yg x terurus aka UNPREPARED...
bukak buku n salin semua tempat kat amerika kat kertas yan dorg dah dapat...
yg belum dapat kertas pon join sekaki nak taw jawapan...
tapi org jahat slalu di balas jahat...
hukum karma...
Qada n Qadar...
le semua dah dap kertas ujian, cik anis bg taw satu prsatu soalan n kitaorg hanya perlu utk tandakan kat mana tempat tu...
apa lagi...
tercicit ah org yag meniru tu....
sebab tak taw jwapan...
PADAN MUKA KO!!!!
soalan senang kat mana lokasi jepun mengebom pangkalan tentera amerika masa perang dunia kedua pon xtaw nak jwp...
aku pon masa sek men lu pon ader meniru terutama sekali klaz Add math...
tapi aku belajar dai kawan aku....epul Mat noor...
tyme test tak nah meniru dan result ujian dier teruk...
tapi....SPM dier gempak...aku???hancur...
dier g Matrix....aku g form 6...
dari situ ah aku belajar jgn meniru lagi....
so my fren....learn from mistake...
JANGAN MENIRU...
xsenang dunia akhirat korg nanti....
June 19, 2008
melahirkan masyarakat berjiwa da vinci
Kekata renaissance, yang diertikan 'lahir atau bangkit kembali' muncul pertama kali di
Eropah bak diceritakan buku The Renaissance karya Jocelyn Hunt (2005), yang menyatakan kebangkitan itu mengandungi makna kemanusiaan dan perubahan tidak hanya terjadi dalam hal seni, kesusasteraan dan ilmu sahaja, bahkan lebih penting daripada itu, iaitu perubahan ke arah teknologi maju. Mesin cetak ditemukan sehingga meluaskan kadar kenal huruf dan ilmu.
Kesannya telah mengubah model pemerintahan dan sistem kerajaan.
Antara tokoh renaissance ialah Leonardo da Vinci (1452 - 1519) termasyhur sebagai pelukis dan pengukir arca zaman Renaissance yang menghasilkan banyak maha karya, termasuk di dalamnya, dua lukisan terkenal Mona Lisa dan Makan Malam Terakhir (The Last Supper).
Selain itu, beliau juga seorang pereka peralatan pertahanan, ilmuwan, penemu, jurutera, penulis, ahli botani dan ahli muzik. Di samping itu, Leonardo - yang berambut panjang, keriting dan berwarna merah tua serta berperangai menyenangkan dan tampan - juga berbakat sebagai penglipur lara, pemuzik, penjenaka, seniman, pencinta kebebasan dan ahli silap mata.
Sekitar 40 tahun sebelum ahli astronomi Nicolaus Copernicus (1473-1543), Leonardo mencatat bahawa matahari tidak bergerak dan bumi bukan pusat perputaran matahari serta bukan pusat galaksi.
Bahkan 60 tahun sebelum ahli astronomi Galileo Galilei, Leonardo menyarankan agar kanta pembesar digunakan untuk mempelajari permukaan bulan dan benda langit yang lain.
Sekitar 200 tahun sebelum ahli fizik Isaac Newton, Leonardo telah mengemukakan konsep graviti.
Malah 400 tahun sebelum ahli sains Charles Darwin, Leonardo telah mengenalkan teori evolusi dengan menempatkan manusia dalam kategori yang sama dengan kera dan monyet, kecuali bahawa manusia berakal.
Dalam bidang anatomi pula, Leonardo melukis penampang anggota tubuh (cross section) - gambaran manusia dan kuda yang paling terperinci dan menyeluruh, melakukan penyelidikan bayi di dalam rahim ibu dan membuat cetakan otak dan saluran jantung.
Banyak lagi pencapaian Leonardo yang tidak dapat dimuatkan dalam makalah ringkas ini. Sesungguhnya, beliau mendahului zamannya.
Dalam buku How to think like Leonardo da Vinci, Michael Gelb menggariskan tujuh prinsip pati:
· Ingin Tahu
Keinginan untuk terus belajar sesuatu yang baru dengan mengamati alam dan mempertanyakan mengapa sesuatu fenomena terjadi. Dalam proses pembelajaran ini, Leonardo menyarankan agar memperluas cakerawala pengetahuan, maka seseorang perlu mempelajari bidang lain, bidang yang bukan keahliannya.
· Uji Selidik (dimostrazione)
Leonardo tidak menerima bulat-bulat sesuatu ilmu atau teori. Beliau mengujinya dengan eksperimen dan mengalaminya sendiri (dimostrazione). Ketika mengalami kegagalan dalam eksperimen, beliau kekal berusaha dan tidak putus asa.
· Kepekaan (sensazione)
Rahsia melakukan eksperimen ialah dengan mempertajamkan deria. Leonardo sentiasa mempertajamkan deria sebagai disiplin - matanya untuk menghasilkan lukisan hebat dan telinganya untuk mendalami muzik.
· Memasuki Kesamaran (Sfumato)
Leonardo sanggup menceburi kekaburan, paradoks (suatu yang bertentangan) dan ketidakpastian dengan fikiran terbuka demi menghasilkan daya cipta.
· Seni dan Sains (Arte/ Scienza)
Bagi Leonardo, seni dan ilmu bak bergandingan. Ia berfikiran logik dalam mempelajari mekanisme sesuatu benda dan membuat lakaran atau sketsa yang indah untuk catatannya. Beliau dikatakan seimbang dalam menggunakan otak kanan dan kirinya.
· Keseimbangan Tubuh dan Minda (Corporalita)
Di samping memiliki kecerdasan yang tinggi dan berbakat seni, Leonardo juga diberi kekuatan jasmani. Beliau cekap berkuda, berenang dan bermain anggar (permainan pedang). Beliau menyatakan bahawa arteriosklerosis (dinding arteri hilang kekenyalan) dapat mempercepatkan proses penuaan dan ini kerana kurangnya senaman seperti olahraga. Beliau juga mempercayai bahawa diet adalah kunci kesihatan.
· Penjalinan (Connessione)
Insan harus dapat menghargai jalinan antara benda dan fenomena, iaitu meneliti dan memahami hubung kait pelbagai sistem (systems thinking). Leonardo berusaha mempelajari bagaimana burung dapat terbang sehingga
June 18, 2008
kehidupan ku 2 bulan yang lalu...
1st- my last exam paper...Sistem negara...so stupid....how come i leh salah ngok jadual exam...should be 11.30 but i tit 3.00pm...so b4 dat there aku semangat giler study.sampai tdo jap je.after 2pm g mandi but aty xsdap.masuk bilik cek jadual exam n....FRUSTRATED...my klazmate sympathy 4 me.dorg xigt agaknya(tink +ve).my college fren???always hentam aku n perli aku.wat bodo sudeh.
2nd-my exam result...guess what??xleh cek ah result exam aku kat intenet...coz ada hutang ngn UM sampai Rm568.00.HA???xcaya ke???so aku cr alternatif len.g fak.n bertambah frust.SEJ Rusia B+, Sej Eropah B+, Sis ekonomi C (xkena repeat), n TITAS ngan usahawan malaz den nak g cek.now pala penin eiter sejarah jd major or IR aku jadi Major.pk2
3rd-kerja!!!yes...kerja.kerja part time kat Guess Kids Mid Valley.leh ah.sejam rm5.ari2 kerja 5jam je.kena full pun xpe.ari2 full time aku bual kotor...ehem...so kena kerja sampai bulan 8 berakhir...kenapa bula 8???sebab 31hb cuti umum dan dapat gaji triple.kerja pun sebab aku nak tolong abah aku.sebab aku tak ada PTPTN dgn biasiswa.malas nak mohon.so abah kerja 2 kerja sehari.tanks dad n epy belated father day. Lap you...
4th-harga minyak naik...diz topik very konfusing me n everyday i bought newspaper.sampai aku gaduh mulut lawan abah ngan atok aku.paham2 ah.dorg singaporean.bagi dorg minyak mahal dah biasa ngan dorg kerana harga minyak kat singapura nak dekat RM5 seliter. pelik.Malaysia negara pengeluar minyak tapi harga paling mahal antara negara pengeluar minyak dunia.Petronas untung banyak.Rm50bilion per year (xsure.around jumlah tu ah).tapi Dato Shahir ckp petronas tangung banyak benda.tah ah.
5th-14 JUNE 2008.aku baru dapat lik singapore since exam sem 2 start.sedeykan???baru dapt jmp my parent.ah aku dah lali.juz sedey masa nak lik, my mom hug me kuat2 xnak kasi lepas n kiz my neck.n aku dah kuar umah, i never look back.coz i noe, when i look back, i saw my mom kat tingkap, n air mata turun(biar ah org nak ckp aku emo boy).so aku jalan buat bodo je n tengok dpn.aty kena kuat.even my mom always ckp "BYE" kat tingkap.
ada banyak benda lagi aku nak cyte tapi sok keje pagi.8.30 nak kena g coz kira stok.ok ah...nyte2
eyes shut down v(-_-)
April 24, 2008
Teacher...i alredi made it!!!
Same ages with me but she alredi final year...
n when i'm chating with her sudenly i remember 1 story...
story bout life after spm...
my kazen masuk matrix n i???masuk form 6 je...
n dat tyme ol in my family mcm look down to me...
n compared me wit her...
but 4 me it's ok...
N also remember, wen i was in secondary 4,
i fail my add math test...
n my teacher call me n diri dpn kelas...
she said, "awak nak jadi apa apiz???ha, awk nak masuk U...tapi nak masuk fakulti orang2 bodoh mcm fakulti sastera, pusat sukan, pendidikan,....ha???igt muka awk layak nak masuk fak org pandai mcm sains, math, akaun kalau blaja men2???ai...cuba ah jadi manusia skit"...
Believe it???dat wat my teacher Scoled me 4 yearz ago...
(i degil tyme skul lu, rambut x sah x panjang n baju keluar)
but wat i can say now, i'm proud of myself...
enter form 6...n the only one Sek Men Bandar BAru Uda yang masuk UM mlalui Form 6....
The rest???after SPM, masuk UITM, n matrix, n poli, n alredi 40% kena tendang b4 grad except matrix...
ME??? UM...i'm not proud for myself at all...
my proud for my FAMILY...coz people around stop talkin cock bout eiter apiz can do it or not...
n Teacher...my luvly add math teacher....
again...i alredi made it...
if i meet u again, i will show u dat i alredi made it...
n remember....do things dat u like...
i love history....it is alredi part of my life like u add math part of ur life...
may i ask u???
teachernye history time spm dpt bape???
same wit my Add math result ka...
nway...tanks coz ajar i add math...
n dun look down towards other person...
sowi if i'm emotional....
n again....PEOPLE CAN CHANGE!!!
April 03, 2008
tribute 4 them...
i repeat, MAYBE!!! LoL!!!
tp stil hav to tribute them...
Zaf - make urself more konfiden...n sowi coz i kena tarik diri jd PM...u noe y i mau masuk PM ryte???coz i dah promize u tapi i cant help myself...i kena help my father lol cr duit...i hope u understand...cpt wat our trademark...LOL!!!nti ngn i karoke lagu the reason lg k...
acap -My mullet sucker...tanks ah bro...janji nex sem sama bilik....pasni bnyk2 minum air asam kot...kasi sore ko sdp skit...bru ader semangat lebih nyanyi kat DTC bro...ahakz...
Nadia - xmau nakal2 ngn akil...
Akil - xmau nakal2 ngn nadia...
shamim - as master said to mazuin "i dun lik ur big mouth" sama ah aku akan ckp kat ko..."I DUN LIKE UR BIG MOUTH"...so shut up n jgn membebel lagi...sian adik2 aku si nadia n akil n abg aku si acap...so learn to be a wise n humble man ok!!!
azyan - same wit zaffy the cookies monster...unpredictable...
dine - hurm...sowi for somtin i nk wat tp raining lol...i dah taw u akan penin nek keta ngn aircon lg...so xdapek den nak nolong bukak tingkap...if not raining, so maybe it helping...
ok ah dewi2 n arjuna2 sekalian...as acap said as long my fwen epi so also epi...
same lol...now blaja tyme..aku kena strugle sem ni tok dpt 3.3 ke atas...
or else i lose somtin...
my fwen, again, pray for me k...
2nd n 3rd april nite life....
today 4 sure aku g ngok wayang ngn (maybe) new cpl akil n nadia...
after ngok wyng, trus lik 4th n pnjm keta sani n ajak dak2 4th g supper at mCd...
n i'm very satisfy wit my supper...
coz manutd won 2-0...
(only one) Ronaldo n rooney...
3rd april...
pagi2 lg aku dah bgn coz nak hantar kunci kat sani...
n trus ask him nk pki keta mlm tu gak...
so mlm yg di janjikan...
ngok movie with other 9 pwen of mine...
g mid valley n watch death note 3 L change the world..
aku sikit lost ngok cyte ni...
coz x mcm death note seblm2...
xder bunuh2 pki buku nota (Death note)...
n maybe coz xder hero fav aku Light yagami aka Kira coz dah mati masa death note 2...
n smlm aku bru pasan yg L aka Ryuzaki jugak blakon kat drama fav aku 1 litre of tears...
mybe dier pki make up wat aku x pasan dier...
tapi ok ah...
coz dpt ngok ryuk(god of death) kejap masa L nak bakar death note...
3/5 - tu mark yg aku leh bagi...
then after dat movie i realize...
mybe ni last i hang out wit them in diz sem...
team lesbo n gay aka mullat suckerz....
tankz!!! LoL!!!!
welcome to my life
Supaya blog aku dirahmati-Nya...
Supaya Ibu Bapa Aku di Singapura di Berkati-Nya...
Supaya keluarga aku di Berkati-Nya...
Supaya Egi ku di Berkati-Nya...
Supaya kawan2ku juga di Berkati-Nya...
Supaya aku sentiasa di Bawah jagaan-Nya...
Amin Amin Amin...
Sebelum ni aku slalu suka baca blog org...
tapi my fwen, Zaf ask me to have my own account...
so zaf...
4 u my fren in diz date 4th April 2008, 12.05am...
i have my own blog alredi...